WEEK 1
- Saya belajar bahawa kelahiran kita di muka bumi ini sebagai sebuah perjuangan dalam mentauhidkan Allah swt dan mengabdikan diri kepada-Nya sahaja
- Kita hendaklah betulkan pandangan kita terhadap orang lain dan mengucapkan perkataan yang baik baik sahaja demi memelihara kesucian roh kita
- Allah wujud tanpa tempat- Yakin Allah sentiasa bersama kita
WEEK 2
- Pada hari ini saya belajar mengenai tamadun hwang ho, indus dan tamadun purba. Apa yang saya belajar ialah sesebuah tamadun itu tidak akan maju tanpa seorang pemerintah
- Manusia pada zaman terdahulu telah berjaya mencipta teknologi baru yang masih diguna pakai sehingga hari ini seperti kertas, kompas dll
- Lokasi yang strategik adalah amat penting dalam membina sesebuah tamadun
WEEK 3
- Asas tamadun Islam yang paling utama merupakan akidah iaitu ilmu tauhid Allah berdasarkan Al Sunnah Wal Jamaah bersama ilmu dan amal yang berterusan
- Kita hendaklah mencontohi kehalusan Rasulullah yang menjaga adab dengan seluruh manusia tidak mengira bangsa atau agama
- Tamadun Islam ini sangat fleksibel kerana tidak membataskan budaya sesuatu masyarakat asalkan berlandaskan syariat Islam
- Pada hari ini saya belajar mengenai kegemilangan dan kejatuhan kerajaan Islam. Meski pun sebuah kerajaan itu jatuh, namun pemerintah Islam pada zaman itu masih gigih berjuang untuk mendirikan semula Tamadun Islam kerana kepercayaan mereka yang teguh terhadap Islam
- Melihat semula bagaimana Tamadun Islam ini pernah gah pada zaman dahulu berbanding sekarang menyedarkan saya bahawa generasi kita pada hari ini perlu menuntut ilmu lebih atau sama banyak dengan para ilmuwan Islam pada zaman dahulu
No comments:
Post a Comment