Sunday, December 20, 2015

PEMIMPIN BERDASARKAN CIRI-CIRI QAWIYYUN AMIN



ۤااَيُّهَاالَّذِيْنَ اٰمَنُوْااَطِيْعُوااللهَ وَاَطِيْعُواالرَّسُوْلَ وَاُوْلىِ اْلأَمْرِمِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فىِ شَيْءٍ فَرُدُّوْهُ اِلىَ اللهِ وَالرَّسُوْلِ اِنْكُنْتُمْ تُؤْمِنُوْنَ بِااللهِ وَالْيَوْمِ اْلاٰخِرِ ذٰالِكَ خَيْرٌوَّاَحْسَنُ تَأْوِيْلاً

 Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya dan pemimpin di antara kamu. Kemudian jika kamu berbeda pendapat tentang sesuatu maka kembalilah (atau selesaikanlah) berdasarkan Al-Qur’an dan Sunnah Rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (QS. An-Nisa : 59).

Dari ayat ini dapat difahami bahawa hubungan antara Allah, Rasul-Nya dan pemimpin sangat erat. Allah adalah Pencipta yang menetapkan aturan-aturan di dalam Al-Qur’an. Muhammad SAW adalah utusan Allah yang memantapkan al-Qur’an dengan sunnahnya. Sementara itu, seorang pemimpin seharusnya melaksanakan apa yang telah digariskan dalam A-Qur’an dan sunnah sehingga ajaran Allah dan rasul-Nya dapat wujud di muka bumi ini. Kerana itu, kewujudan seorang pemimpin sangatlah penting dalam rangka mewujudkan nilai-nilai Islam di tengah-tengah masyarakat.


QAWIYY itu bermaksud kekuatan, keupayaan, kemahiran dan segala yang diperlukan untuk sesuatu tugasan itu dilakukan mengikut spesifikasinya.
AMIN pula merujuk kepada sifat amanah, bertanggungjawab dan segala kualiti akhlak seseorang yang mudah untuk difahami sebagai nilai integriti

·         Nilai yang paling utama adalah ketaqwaan pemimpin tersebut terhadap Allah dan Rasul-Nya, ertinya pemimpin tersebut harus pula memiliki kemampuan untuk mengajak dan menggerakkan orang lain untuk bertaqwa kepada Allah dan Rasul.
·         Kedua, Selain bertaqwa pemimpin juga harus jujur (al-Amin) dan amanah. Pemimpin baru disebut jujur manakala ia mampu memberi rasa aman. Jujur (al-Amin) inilah gelar yang disandang Rasulullah SAW sebelum dirinya diangkat menjadi nabi. Kata amanah (kepercayaan), amin (jujur) dan iiman (keimanan) adalah rangkaian kata yang tidak bisa dipisahkan. Kepercayaan adalah buah kejujuran sedangkan kejujuran adalah bagian terpenting dari keimanan.

·         Ketiga, sikap yang harus dimiliki oleh pemimpin itu adalah Tawadhu’. Imam Syafi’i mendefinisikan  tawadhu’ ini dengan ungkapannya : “Sikap tawadhu’ adalah akhlak orang-orang mulia sedangkan takabbur adalah ciri orang-orang tercela”. Allah SWT berfirman :  

·         اِنَّ اللهَ لاَيُحِبُّ مَنْ كَانَ ُمخْتاَلاً فَخُوْرًا
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri”. (QS. An-Nisa’ : 36)

Sikap tawadhu’ sangat erat kaitannya dengan sifat ikhlas. Rangkuman keikhlasan seorang hamba ada pada ketawadhuannya, orang yang mampu bersikap tawadhu’ bererti keikhlasan telah bersarang dihatinya. Bezanya, tawadhu' banyak berhubungan dengan manusia secara sosial sedangkan ikhlas lebih bersifat langsung kepada Allah SWT.

·         Pemimpin haruslah memiliki sikap terbuka dan bertanggungjawab. Terbuka bererti siap untuk menerima kritikan mahupun saranan tentang kepemimpinannya. Inilah yang dilakukan oleh sahabat nabi yang bernama Umar bin Khattab ketika terpilih sebagai khalifah, beliau berpidato di depan sahabat-sahabatnya meminta agar para sahabat meluruskannya kalau ia melakukan kesalahan.


Pemimpin Adalah Perisai Umat Islam

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّمَا الْإِمَامُ جُنَّةٌ يُقَاتَلُ مِنْ وَرَائِهِ وَيُتَّقَى بِهِ فَإِنْ أَمَرَ بِتَقْوَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَعَدَلَ كَانَ لَهُ بِذَلِكَ أَجْرٌ وَإِنْ يَأْمُرْ بِغَيْرِهِ كَانَ عَلَيْهِ مِنْهُ

“Sesungguhnya seorang pemimpin itu adalah perisai, rakyat akan berperang di belakangnya serta berlindung dengannya. Apabila ia memerintahkan untuk bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla serta bertindak adil, maka ia akan mendapat pahala. Tetapi jika ia memerintahkan dengan selain itu, maka ia akan mendapat akibat buruk hasil perbuatannya.” (Hadis Riwayat Muslim, 9/376, no. 3428)



Tanggungjawab Para Pemimpin Umat Islam

Para pemimpin perlu memiliki sifat amanah yang tinggi dan memiliki juga kekuatan atau keupayaan untuk mentadbir. Secara umum, tanggungjawab para pemimpin umat Islam yang paling utama adalah menyatukan rakyatnya di bawah agama yang bersih dan murni. Para pemimpin perlu bertindak memelihara agama dan mempertahankan kemurnian Islam dengan menegakkan keadilan berteraskan tauhid yang benar. Iaitu memberi nasihat dan berusaha membawa masyarakat kepada pengabdian diri semata-mata kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan jalan yang syar’i.

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

مَا مِنْ عَبْدٍ اسْتَرْعَاهُ اللَّهُ رَعِيَّةً فَلَمْ يَحُطْهَا بِنَصِيحَةٍ إِلَّا لَمْ يَجِدْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ

“Tidaklah seorang hamba yang diangkat oleh Allah sebagai pemimpin ke atas orang-orang yang dipimpinnya, kemudian ia tidak menjaga mereka dengan nasihatnya, melainkan ia tidak akan mencium aroma (wanginya) Syurga.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/62, no. 6617)

Dengan selesainya persoalan asas-asas agama, masyarakat akan lebih mudah untuk dibentuk dan mengikuti arahan. Maka, perpaduan dan pentadbiran negara akan dapat berjalan dengan lebih lancar dan sempurna.

Selain itu, urusan-urusan utama dalam agama seperti solat berjama’ah, hari-raya, penyebaran ilmu yang benar, zakat, urusan haji serta yang selainnya perlu disemarakkan dan dimakmurkan.

Para pemimpin bertanggungjawab menjaga hal-ehwal keselamatan, perundangan (termasuk perlaksanaan syari’at hudud), menjaga ekonomi negara, dan keperluan rakyatnya yang bersesuaian dengan agama. Termasuk dalam urusan pemimpin adalah memerangi orang-orang yang menentang Islam dan ahli bid’ah. Semua ini selain menjadi tanggungjawab utama para pemimpin, ia perlu dibantu pula oleh para ulama (para ilmuan) dalam bidangnya masing-masing bagi memperkukuhkan kebaikan-kebaikan demi kepentingan bersama dan bagi meraih keredhaan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

No comments:

Post a Comment