Monday, December 7, 2015

REFLEKSI DIRI

SITI AISHAH BINTI SUFIAN SURI  2015418644

MINGGU PERTAMA
  • Kelas pada kali ini, mengingatkan saya untuk kembalikan diri kepada niat, hidup di muka ini sebagai khalifah.
  • Saya dapat memahami asal usul kita sebagai manusia, dan mengapa kita diciptakan di muka bumi ini.
  • Selain itu, saya dapat mempelajari alam yang kita tempuhi ada lima iaitu 2 alam sebelum lahir di muka bumi (roh,dalam perut ibu), di dunia dan 2 alam selepas kematian (kubur&akhirat)
MINGGU KEDUA
  • Pada hari ini, saya belajar mengenai tamadun hwang ho, tamadun indus dan tamadun mesir purba. Setiap tamadun mempunyai ciri-ciri pemerintahan, hierarki dan aspek ekonomi yang berlainan.
  • Dalam perbentangan tamadun hwang ho, apa yang saya dapat lihat perbezaan dengan tamadun sekarang ialah berdasarkan hierarki tamadun tersebut. Semasa tamadun hwang ho, pedagang berada di tangga bawah, berlainan dengan sekarang di mana, pedagang berada pada tangga atas. 
  • Di samping itu, setiap tamadun mempunyai persamaanm antaranya ialah lokasi awal tamadun tersebut, iaitu di sungai. Seperti kita tahu, sungai amat sesuai untuk aktiviti pertanian kerana ia mempunyai sumber pengairan yang bagus. Ini menunjukkan manusia sangat bergantung dengan sumber alam dalam kehidupan.
MINGGU KETIGA
  • Pada kelas minggu ini, saya mempelajari mengenai pengenalan terhadap tamadun Islam. Saya dapat memahami bahawa ilmu tauhid merupakan ilmu yang menghubungkan kita dengan Allah S.W.T. 
  • Saya juga mempelajari bahawa tauhid merupakan asas ketamadunan, iaitu bagaikan akar kepada sebatang pokok. Kita sebagai seorang hamba perlulah menguatkan asas ilmu tauhid kita dengan yakin dan percaya terhadap kewujudan Allah serta beriman dengan rukun Islam dan rukan Iman. Kita juga perlulah menjalani kehidupan sebagai seorang hambaNya dengan melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya
  • Kesimpulannya, kita perlulah berazam untuk menjadi lebih baik dan baik dari hari semalam, dalam erti kata lain, kita perlulah sentiasa memperbaiki diri kita untuk menjadi lebih bagus dan tidak mengulangi kesalahan yang terdahulu.

MINGGU KEEMPAT
  • Pada kelas minggu ini, saya mempelajari tentang faktor kegemilangan dan kejatuhan tamadun Islam. Secara jujurnya, saya amat sedih akan kejatuhan tamadun ini. Antara faktor kemorosotan tamadun islam ialah ; pemerintah yang lemah, banyak penyelewengan dan keruntuhan akhlak, kegiatan ilmu tidak berkembang dan sebagainya.
  • Pada pendapat saya, faktor utama kemerosotan sesebuah tamadun adalah seseorang pemerintah itu sendiri. Lemahnya pemerintah sesebuah tamadun, maka lemahlah pemerintahan tamadun itu seterusnya memberi peluang kuasa luar  untuk mudah menakluki tamadun tersebut. Hal ini kerana, pemerintah merupakan tunjang utama dalam sesebuah pemerintahan. 
  • Selain itu, saya sangat mengagumi Sultan al Ftaih yang sudah menakluki dunia pada usia yang muda, sedangkan apa yang telah kita sumbangkan terhadap tamadun pada usia sekarang?
MINGU KELIMA
  •  Pada minggu ini, ustazah memberi task mengenai negara negara Islam terkaya dan termiskin di dunia secara berkumpulan.
  • Pada pendapat saya, sewajarnya negara Islam yang berada di tangga 5 teratas di dunia terkaya membantu 5 negara Islam yang lain yang berada di tangga kelima termiskin di dunia.
  • Hal ini menyedarkan saya, tentang realiti yang berlaku di dunia yang fana ini.Kuasa kuasa besar seperti amerika adalah antara negara yang mengawal negara negara islam yang terkaya tersebut Hal ini disebabkan oleh sumber ekonomi negara terkaya tersebut.
MINGGU KEENAM
  • Pada minggu ini, saya mempelajari tentang sumbangan tamadun Islam tkepada peradaban dunia.
  • Dalam kelas kali ini, saya mendapat input baharu, iaitu Kota Cordova yang dahulunya sangat dikenali sebagai pusat penyebaran ilmu dan kemajuan Masjid Cordova pada zaman dahulu telah dikuasai oleh agama kristian.
  • Hal ini adalah disebabkan oleh percampuran kuasa luar terhadap konflik yang berlaku antara pemerintah.Tambahan pula, Masjid itu terus dijadikan gereja katolik oleh penganut kristian sehingga sekarang. 
  • Di samping itu, saya turut mempelajari tentang sumbangan tamadun islam dalam aspek intelektual. Kita seharusnya mengaut segala ilmu yang ada sebanyak mungkin, tidak mustahil kita dapat menjadi seperti tokoh-tokoh terdahulu seperti ibn sina yang mempunyai banyak sumbangan dalam bidang perubatan dan sains teknologi. Kita hendaklah berazam untuk menjadi seperti salah sorang daripada tokoh terdahulu.
MINGGU KETUJUH
  • Pada minggu ini, saya mempelajari tentang tamadun melayu, dan teori kedatangan Islam ke asia tenggara.
  • Berdasarkan apa yang saya pelajari kita seharusnya menghormati pendapat dan pantang larang yang diutarakan oleh nenek moyang kita terdahulu dan jangan menolak mentah mentah pantang larang tersebut kerana mereka lebih banyak pengalaman daripada kita.

1 comment: