SITI RATNA DEWI BINTI ABDUL KARIM
2015428894
WEEK 1 - Hari ini saya belajar tentang ilmu tauhid, saya belajar mengenal sifat-sifat allah dengan lebih mendalam. Sesungguhnya allah sentiasa berada dekat dengan kita dan allah sentiasa menjaga kita dalam setiap urusan kehidupan. Tidak sekali pun allah melepaskan kita menguruskan kehidupan ini seorang diri bahkan allah menghantarkan dua malaikat kiri dan kanan utuk menemani kita. Kesimpulannya kita sebagai manusia hendaklah sentiasa meletakkan allah sebagai illah(sembahan) utama kita dengan sentiasa melakukan perkara yang allah suruh dan meninggalkan apa yang allah larang beserta hati yang ikhlas.
WEEK 2 - Belajar mengenai tamadun hwang ho, tamadun indus, tamadun mesir purba. Persamaan kesemua tamadun ialah mereka menekankan konsep kerohanian dalam pembinaan tamadun. Mereka percaya bahawa pemimpin yang memerintah mendapat mandat daripada tuhan. Mereka juga mampu mencipta sistem tulisan, disini menunjukkan bahawa ilmu membantu mereka mencipta sistem tulisan untuk merekod urusan seharian.
WEEK 3- Hari ini saya belajar tantang konsep tamadun . Tamadun merujuk kepada kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur dalam masyarakat. Asas pembinaan tamadun yang paling penting ialah ILMU . Tanpa ilmu kita tidak akan mampu membina tamadun yang baik kerana ilmu ilmu mengajar kita mengenal pencipta, membantu kita menguruskan kehidupan, membantu kita membina keyakinan sebagai pemimpin dan banyak lagi. Ilmu yang paling penting dalam kehidupan ialah ilmu tauhid kerana tanpa mengenal allah sebagai pencipta, seseorang hamba takkan mampu mentadbir dan memakmurkan alam dengan sebaik mungkin. Semakin tawaduk kita menjadi hamba allah semakin allah membesarkan kita sebagai khalifah d muka bumi ini,
WEEK 4 - Belajar mengenai kegemilangan dan kejatuhan tamadun islam. Kegemilangan tamadun islam bergantung kepada pemimpin yang bertakwa dan berilmu pengetahuan tinggi. Sesungguhnya ilmu tauhid yang tinggi dalam seorang pemimpin dan dicerapkan dalam jiwa rakyat akan melahirkan sebuah tamadun yang bersatu mempertahankan negara mereka. Ilmu tauhid melahirkan kebergantungan dan keyakinan 100% terhadap allah dan membuatkan lebih bertanggungjawab terhadap setiap urusan kehidupan.
No comments:
Post a Comment