Monday, November 2, 2015

REFLEKSI DIRI...

SYAFIQAH NURANNISA BINTI SA'ARI
2015664156

WEEK 1
  • Pada hari ini saya belajar untuk kenal diri ini sebagai seorang manusia yang dicipta oleh Allah untuk mentauhidkannya. Seterusnya, manusia ada kebolehan berfikir dan hanya manusialah yang membina tamadun. Manusia juga tidak sepatutnya menjadi bongkak dan sombong kerana manusia ialah hamba dan milik Allah.
  • Selain itu, saya dapat belajar bahawa manusia melalui 5 alam iaitu alam roh, rahim, dunia, kubur dan akhirat. Manusia juga seharusnya sedar bahawa alam dunia bukanlah suatu alam yang kekal. Saya dapat sentiasa bermuhasabah diri bila mengungati bahawa manusia melalui 5 alam yang mana masih ada lagi 2 alam yang menanti. 

WEEK 2
  • Pada hari ini saya belajar mengenai tamadun Hwang Ho, Indus dan Mesir purba. Pemerintahan bagi kesemua tamadun ada hierarki di mana raja di peringkat teratas dan hamba di peringkat paling bawah. Ini menunjukkan bahawa tiada kesamarataan dan golongan bawahan ditindas oleh golongan pemerintah di lapisan teratas.
  • Selain itu, saya dapati bahawa manusia amat bergantung dengan alam. Ekonomi yang dijalankan oleh manusia seperti bercucuk tanam dan berdagang menggunakan kapal untuk menyusur lautan yang mana menunjukkan kebergantungan manusia terhadap alam. Maka, seharusnya kita semua menjaga alam dengan penuh rasa tanggungjawab dan syukur. 
WEEK 3
  • Pada hari ini saya belajar mengenai asas tamadun Islam yang bermula dengan ilmu iaitu ilmu tauhid tentang zat, sifat dan af'al Allah. Kita sebagai seorang hamba seharusnya yakin dan percaya dengan kewujudan Allah dan melaksanakan perintahNya dan menjauhi laranganNya.
  • Kemudian, saya belajar tentang akidah diri iaitu percaya kepada rukun iman, syariat iaitu jalan-jalan untuk diikuti agar tidak tersasar dan ikut panduan Islam, dan akhirnya ialah akhlak yang mulia.
 WEEK 4
  • Pada hari ini saya belajar mengenai kegemilangan dan kejatuhan tamadun Islam. Beberapa faktor kegemilangannya ialah kepercayaan rakyat terhadap pemimpin, kestabilan ekonomi dan ilmu yang berlandaskan al-Quran dan hadis serta mengamalkannya. 
  • Seterusnya, tauhid iaitu keyakinan terhadap Allah dan ilmu tauhid ini merupakan ilmu yang menghubungkan hamba dengan Allah. Ilmu tauhid dapat mendorong kita untuk lebih mengenali dan yakin kepada Allah.